**Jemput Undi: Like n Share sahaja video diatas, setiap tontonan amat dihargai**
Pencalonan lagu pertama kami kedalam carta ROTTW ni merupakan sebuah usaha kami; bagi mempromosi karya asli kami kepada lebih ramai pendengar. Bukan mudah kan nak bagitau semua orang apa yang kita buat. Apapun, setiap sokongan yang kami terima setakat ini sememangnya bermakna buat kami yang baru sangat berkecimpung dalam arena muzik tempatan ini.
ROTTW Magazine ni merupakan sebuah portal yang sangat bermanfaat buat penggiat muzik tempatan khususnya yang hadir dalam genre atau aliran yang unik dan berbeza dari apa yang kerap didengari melalui corong-corong radio Malaysia. Mereka ni sudah wujud lebih 10 tahun yang dahulu yang mana ia mendominasi arena majalah hiburan tempatan. Peredaran zaman kearah digital telah disahut baik oleh ROTTW Magazine dengan kewujudan laman FB dan laman web yang lebih mudah untuk dilayari oleh peminat muzik tanah air.
Sehubungan itu, kami berharap perjalanan kami dalam industri tempatan ini akan terus berkembang melalui penerimaan pendengar dan kepada semua yang menyokong usaha kami. Oleh itu, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha mempromosi lagu kami berjudul “Adinda” samada melalui laman Youtube, Facebook, Spotify, Joox dan lain-lain. Kami harap ia dapat memberikan impak yang positif buat hari anda.