Hati Emas Mencuri Hati

Segi at Prodigy Studio 1

“Inginku menjadi sahabat mu, hingga akhir hayat nanti” itulah petikan dari lirik lagu seorang lagenda tanah air iaitu M.Nasir. Tidak kami sangka bahawa permintaan sebuah lagi lagu selepas selesai setlist kami dengan single pertama Adinda; menjadi penutup yang meriah buat persembahan kami di Kajang semalam. Prodigy Studio yang terletak di Sentosa Villa, Kajang menjadi venue buat Sanggar Seni 2 Gig; yang mana ia berlangsung dua hari berturut-turut dengan keseluruhan 20 band atau kumpulan muzik dari serata Malaysia.

5 buah lagu dimainkan pada petang itu dengan pembukaan dengan lagu percubaan bagi menetapkan tahap bunyi dalam venue iaitu sebuah lagu rock berbahasa melayu berjudul Masa. Selesai lagu tersebut, karya seterusnya yang dimainkan oleh Segi berjudul Parasitic Insecure, Broken, On My Own dan diakhiri dengan single pertama Segi iaitu Adinda. Belum cukup sempurna ataupun mantap persembahan kami dan akur juga dengan perjalanan kami yang masih jauh. Namun begitu, sikap keterbukaan khalayak yang hadir jelas memberi semangat positif buat kami.

Segi at Prodigy Studio

Segi amat berbesar hati dengan peluang yang diberikan oleh Prodigy Studio walaupun ini pertama kali kami benar-benar beraksi diatas nama Segi. Dengan sokongan setiap dari anda yang mendengar karya kami di Spotify, Joox mahupun di Youtube; ia memberi dorongan yang positif untuk kami terus berusaha berikan yang terbaik pada masa akan datang. Sekali lagi, kami ambil peluang ini untuk mengabdikan ucapan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi hadir ke acara berikut walaupun pada masa sama; banyak perkara lain yang boleh dilakukan sepanjang tempoh gig itu. Nantikan karya terbaru kami yang berjudul Broken di Youtube, Spotify, Joox dan lain-lain dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s