Greish buka jalan untuk Segi dengan lagu baru

1a

Sejak dari tahun 2018 lagi, Segi telah mengadakan beberapa perancangan untuk mengorak langkah dengan muzik-muzik baru yang boleh mencabar keupayaan mereka sendiri. Beberapa buah lagu baru telah ditulis bagi tujuan tersebut dan ada antaranya yang terpaksa diketepikan atas dasar kesesuaian ia untuk menjadi sebahagian dari bunyi yang dihasilkan oleh Segi. Banyak karya dalam tahun 2019 dari dalam dan luar negara telah membuka mata kumpulan Segi untuk memilih langkah seterusnya buat mereka bagi mengetengahkan jenis bunyian yang ingin dijadikan sebagai sandaran agar pendengar memahami jenis muzik yang dibawa oleh Segi.

Pada awalnya, sebuah lagu lain telah dipilih untuk rakaman terbaru selepas single berjudul Survival dikeluarkan. Namun produksinya dihentikan sebelum sempat rakaman bermula apabila ia dirasakan tidak sesuai dan tidak tepat konteks lagunya dengan hasrat yang dibawa oleh kumpulan Segi. Oleh itu, penulisan lagu terbaru ini telah membawa kumpulan Segi untuk bercakap dengan seorang sahabat pemuzik dan juga penggubah lagu yang dikenali sebagai Greish bagi bekerjasama menghasil sebuah karya yang mempunyai elemen bunyian yang berbeza dari kebiasaan bagi kumpulan Segi.

Langkah ini bukanlah sesuatu yang muncul secara tiba-tiba buat Segi, ia telah mula diterapkan secara perlahan-lahan melalui lagu yang telah dihasilkan dalam EP “Will it Matter” dan juga melalui single pertama tahun 2019 iaitu Survival. Melalui kerjasama bersama Greish, ia dapat diberikan fokus yang lebih mendalam dan ia sekaligus memberi nafas baru buat lagu terbaru yang bakal dikeluarkan tak lama lagi. Rakaman lagu ini telah dihasilkan bersama Greish kebanyakkannya melalui atas talian kerana kekangan masa yang tidak menentu buat kedua-dua pihak untuk bertemu di studio. Ia memberikan sebuah pengalaman yang unik dalam proses menyiapkan lagu tersebut.

2a

Greish banyak membantu kumpulan Segi yang lebih tradisional dalam permainan muzik mereka dengan menggunakan instrumen seperti gitar dan drum; manakala Greish banyak menggunakan peralatan seperti synthesizer, keys dan juga peggunaan alatan studio dan komputer. Ini memberikan gabungan bunyian yang lebih segar untuk lagu tersebut. Namun begitu, jenis muzik Rock masih lagi menjadi pegangan kepada kumpulan Segi dalam lagu ini dan masih lagi menjadi nadi utama dalam menggerakkan ahli kumpulan Segi seperti Ali melalui permainan drum beliau dan Shidi dengan gitar elektriknya. Lagu baru yang bakal menemui pendengar tak lama lagi ini boleh didapati atau didengarkan melalui platform streaming seperti Spotify, Youtube, Joox dan lain-lain secara percuma. Apa yang diharapkan melalui kerjasama ini adalah, muzik itu luas dan masih banyak ruang boleh di jelajah sekiranya kreativiti dan keinginan itu masih ada.

Apa yang tinggal adalah kesudian orang ramai untuk mendengar dan menjamah hasil karya anak tempatan yang tidak henti mencuba untuk menghasilkan sesuatu yang unik dan baik untuk sesiapa sahaja. Oleh itu, kumpulan Segi dan Greish memohon agar pendengar dapat menjadi pemacu untuk lagu kerjasama mereka yang pertama ini; agar ia dapat dikongsikan dengan seramai pendengar yang boleh demi memberi ruang dan peluang bukan sahaja untuk Segi mahupun Greish, malah kepada semua penggiat muzik independent yang ada di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s