Rakam dalam “Diam”: Lagu Baharu Sedang Dihasilkan

Jelas sekali keadaan kini sangat sukar buat kita semua, apatah lagi buat pengusaha kecil, pengkarya baharu dan mereka yang sememangnya tidak punyai kedudukan yang kukuh sebelum pandemik ini melanda. 2021 kini telah melepasi separuh dari hayatnya dan sinar untuk perubahan positif berlaku tampak masih jauh dari apa yang diharapkan. Segi sebagai sebuah kumpulan yang ingin berkongsikan karya asli jelas terjejas seperti mana rakan-rakan industri yang lain dalam negara ini.

Namun begitu, ia tidak bermaksud pergerakan dalaman terhenti terus begitu sahaja. Perbincangan, latihan dan eksperimentasi terus dilakukan walaupun dalam skala yang amat kecil jika dibandingkan dari tahun-tahun sebelum ini. Manakan tidak, antara tahun 2018 hingga 2019 sahaja telah menunjukkan bahawa Segi sebagai sebuah kumpulan sangat rancak dalam menghasilkan karya baharu dan memperbaiki persembahan dan pemahaman mereka. Namun, kehadiran cabaran yang kita semua hadapi kini hampir sahaja meragut keupayaan untuk terus mara kehadapan.

Ismail dan Rashidi sebagai ahli utama kumpulan ini juga perlu mengubah cara mereka bekerja dan berkarya; dalam masa sama anggota kumpulan lain yang turut menyumbang tenaga walaupun tidak diletakkan sebagai ahli tetap juga turut mengambil langkah yang sama dalam usaha pergerakan bagi kumpulan Segi dalam tempoh wabak ini. Sebuah rakaman baharu telah dimulakan oleh kumpulan Segi beberapa hari lalu yang menandakan akan ada keluaran karya baharu kepada pendengar yang sudi.

Judul karya ini masih belum diputuskan, namun ia sudah berada dalam tahap rakaman akhir sebelum dihantar bagi adunan dan mastering yang dijangka bakal siap pada penghujung bulan Julai ini. Oleh demikian, penceritaan dan promosi bagi naskhah baharu ini akan diselitkan dari masa ke masa sehinggalah ia betul-betul dikeluarkan pada awal Ogos nanti. Segi kini berusaha untuk menghasilkan karya yang lebih baik dari sebelumnya namun kekangan untuk melakukan rakaman di studio rakaman secara penuh sememangnya berlaku dan ia terpaksa dilakukan secara hibrid dengan gabungan rakaman di beberapa lokasi berlainan telah dijalankan.

Oleh itu, kumpulan Segi mengharapkan agar karya baharu ini dapat dikongsikan kepada orang ramai diluar sana agar ia setidak-tidaknya dapat mewarnai sejenak perjalanan hidup kita semua yang kini ditekan oleh situasi sukar dek kerana Wabak COVID-19 ini. Lagu-lagu dari kumpulan Segi sebelum ini boleh didengari melalui laman seperti Youtube, Spotify dan lain-lain platfom penstriman utama di luar sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s