Kumpulan Segi Harapkan Sesuatu

Hampir dua tahun kemelut dek wabak yang tak dijemput ini menghantui hidup seluruh umat manusia ini. Semua pastinya terkesan dan apa yang berlaku ini menzahirkan keupayaan kita sebagai sebuah masyarakat dalam mengharungi musibah berskala global begini. Semua pastinya sedar dengan situasi dan keadaan ini, tidak perlu lagi kita untuk terus melihat ke sisi buruknya itu. Namun begitu, tidak cukup dengan memberitahu jangan dicari perkara yang negatif sahaja; kita perlukan penggantinya dalam usaha untuk tampil lebih positif untuk melangkah dalam kehidupan. Sayangnya, ia tidak berlaku dengan cukup banyak dan cukup pantas untuk kita di Malaysia ini.

Sebagai sebuah kumpulan muzik bebas atau lebih mudah kita katakan sebagai indie band, kami merasakan ada panggilan untuk kami taburkan bakti kepada masyarakat dalam memberikan sebuah naskah yang membawa elemen positif. Mungkin ya, tidak perlu pun kami usahkan demikian kerana kita bukanlah sebuah nama yang dipandang atau dirujuk; tetapi setiap usaha walau sekecil mana mungkin dapat menggerakkan mereka yang lebih mampu atau lebih berkeupayaan untuk menghasilkan kandungan atau karya yang lebih memberi impak ke seluruh pelosok dunia.

Karya baharu ini bakal disajikan pada tarikh 27 Ogos 2021 melalui laman pengstriman muzik utama seperti Spotify dan Apple Music. Ia membawa alunan muzik rock alternatif dan membawa mesej tentang kekuatan hati sendiri dalam mengharungi dugaan. Kumpulan Segi yang dianggotai oleh Rashidi sebagai pemain gitar dan vokal serta Ismail sebagai pemain bass mengharapkan agar semua diluar sana akan terus kekal positif dan terus cekal dalam mengharungi baki hidup yang kini diselimuti dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s